Taklimat Laman Web Berbahaya
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 Mei 2026, tiga orang peserta telah mengikuti Taklimat Laman Web Berbahaya yang diadakan secara dalam talian menggunakan Google Meet. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengenal pasti laman web yang tidak selamat bagi mengelakkan penipuan, kecurian maklumat peribadi dan ancaman keselamatan siber semasa melayari internet.
Dalam taklimat tersebut, peserta didedahkan kepada beberapa ciri laman web berbahaya seperti pautan yang mencurigakan, penggunaan alamat laman web palsu, iklan yang berlebihan serta permintaan maklumat peribadi yang meragukan. Selain itu, peserta turut diberikan panduan mengenai langkah keselamatan ketika menggunakan internet, termasuk memastikan laman web menggunakan sambungan yang selamat dan mengelakkan daripada memuat turun fail daripada sumber yang tidak dikenali.
Di akhir sesi taklimat, peserta telah menjalani kuiz sebagai aktiviti penilaian bagi menguji tahap kefahaman terhadap topik keselamatan siber dan langkah mengenal pasti laman web berbahaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: